Wanita cedera kemalangan babit enam kenderaan - Utusan Malaysia

Wanita cedera kemalangan babit enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Seorang penumpang wanita cedera apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan enam kenderaan di susur masuk ke Bandar Baru Selayang dari arah Rawang di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Zaharah Noor Mohd. Jaafar, 69, mengalami kecederaan di bahunya akibat impak hentakan ketika berada di tempat duduk penumpang di dalam SUV jenis Toyota Rush itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah treler dari arah Rawang menuju ke One Selayang gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah van yang berada berhampirannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, van tersebut pula menghentam belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di hadapannya.

“Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan yang dinaiki mangsa bersama dua lagi kereta yang berada berhampiran dengan mereka turut terkena impaknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Samsor menambah, sehingga masa kini, lima pemandu kenderaan yang terlibat sudah membuat laporan polis manakala seorang lagi masih belum membuat laporan. Pemandu dan penumpang kenderaan lain juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca adalah baik dan tiada sebarang rakaman televisyen litar tertutup di kawasan berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini