Wang tunai RM31,000 hangus dalam kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Wang tunai RM31,000 hangus dalam kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Wang tunai sebanyak RM31,000 milik seorang warga emas hasil jualan daging dan lembu sebelum Hari Raya Aidilfitri hangus selepas dua rumah yang dihuni bersama kakak dan adik perempuan terbakar dalam kejadian di Kampung Banggol, Gelang Mas, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Jusoh, 60, tiada di rumah dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

 Abdul Rahman berkata, biasanya setiap kali selesai urusan jual beli tersebut dia akan terus ke bank untuk menyimpan wang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dia tidak sempat berbuat demikian kerana jadual yang agak ketat selain berdepan cuti musim perayaan.

 “Saya tinggal bersama kakak Saudah Jusoh, 70, serta seorang anak saudara dan cucu saudara. Semasa kejadian kami semua tiada di rumah.

“Walaupun wang RM31,000 tersebut hangus namun saya bersyukur kerana tiada ahli keluarga menjadi mangsa kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, dia menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan menyifatkan ia sebagai satu ujian.

 Selain rumah Saudah, api turut menjilat rumah adiknya Sapiah, 59, menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.- K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini