Wan-Bissaka ucap terima kasih kepada Hodgson - Utusan Malaysia

Wan-Bissaka ucap terima kasih kepada Hodgson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Aaron Wan-Bissaka mengucapkan terima kasih kepada pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson kerana memberi kepercayaan selepas dia melengkapkan perpindahan bernilai 50 juta pound (RM261.88 juta) ke Manchester United.

United mengesahkan perpindahan pemain berusia 21 tahun itu, semalam.

Wan-Bissaka membuat penampilan sulung bersama Eagles ketika menentang Tottenham pada Februari 2018 sebelum enam lagi penampilan pada bulan terakhir kempen itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hodgson melihat, pemain kebangsaan bawah 21 tahun England itu memiliki perwatakan yang cukup untuk menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan kanan musim lalu dan dia menjadi antara pertahanan paling berpotensi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Wan-Bissaka menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hodgson kerana memberi peluang untuk berada dalam skuad senior.

“Saya mahu berterima kasih kepada barisan kejurulatihan skuad remaja dan pasukan utama kerana membantu meningkatkan prestasi saya hingga ke hari ini.

“Paling utama, Roy Hodgson kerana memberi saya peluang iaitu bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Keyakinannya membolehkan saya meningkatkan tahap permainan saya ke satu tahap yang baharu,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini