Wan-Bissaka semakin hampir sertai United - Utusan Malaysia

Wan-Bissaka semakin hampir sertai United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Bakal pemain Manchester United, Aaron Wan-Bissaka sudah menjalani ujian perubahan dan dilihat berada di Hotel Lowry bagi pengesahan perjanjian perpindahan.

Pertahanan Crystal Palace itu akan menjadi peamin kedua dibeli Ole Gunnar Solskjaer selepas Red Devils bersetuju dengan perjanjian bernilai 50 juta pound (RM263.47 juta).

Wan-Bissaka terbang ke Manchester dengan menaiki jet peribadi selepas skuad Bawah 21 tahun England terkandas di Kejohanan Eropah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wan-Bissaka kemudian menjalani ujian bersama kelab manakala ahli keluarganya serta pasukan pengurusan bergerak ke restoran San Carlo untuk makan malam.

Selepas 10 malam, Wan-Bissaka kembali ke hotel untuk bertemu dengan keluarganya dengan muka tersenyum riang.

Wan-Bissaka, 21, akan menandatangani kotrak selama enam tahun dengan Red Devils dan menjadi pemain kelima termahal di dalam kelab itu.

Hanya Paul Pogba, Romelu Lukaku, Angel Di Maria dan Fred berharga lebih tinggi daripada pemain muda itu.

Menerusi perjanjian itu, Wan-Bissaka akan menerima gaji sekitar 80,000 pound (RM421,547) seminggu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini