PULAU PINANG – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta semua pihak berwajib termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); Jabatan Kerja Raya (JKR); polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menjalankan siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah malam tadi. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk membawa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian yang mengorbankan empat pekerja warga Myanmar itu ke muka pengadilan…










