[VIDEO]Lelaki ditahan, dadah lebih RM700,000 dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO]Lelaki ditahan, dadah lebih RM700,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki ahli sindiket pengedaran dadah ditahan selepas polis menyerbu dua lokasi di Seberang Jaya dan Simpang Ampat di Seberang Perai, dekat sini Sabtu lalu.

 

Dalam operasi sejam bermula kira-kira pukul 4 petang itu, sejumlah dadah jenis heroin dan pil ekstasi bernilai RM718,700 yang berada di dalam simpanan suspek berusia 23 tahun berkenaan turut dirampas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran berkata, kesemua dadah itu dirampas di sebuah rumah yang disewa suspek di Simpang Ampat susulan daripada tangkapan lelaki berkenaan di tepi jalan di Seberang Jaya.

“Di rumah berkenaan polis menemukan 38.9 kilogram dadah disyaki heroin bernilai RM518,700, 4,500 biji disyaki pil ekstasi (RM135,000) dan 810 gram disyaki heroin (RM65,000).

“Selain itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic bernilai kira-kira RM35,000 milik suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek juga didapati baru menyewa rumah berkenaan sebulan lalu tetapi tdak tinggal di kediaman berkenaan.

“Rumah sewa ini berfungsi sebagai stor menyimpan dan membungkus semula dadah sebelum menjual kepada pembelinya.

“Suspek tidak bekerja namun mampu hidup mewah serta menyewa rumah di kawasan perumahan mewah seperti kondominium dan perumahan yang mempunyai pengawal keselamatan bagi mengelak kegiatannya dikesan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, siasatan polis mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan berkenaan dipercayai untuk pasaran negeri ini.

Katanya, dadah itu jika terlepas di pasaran boleh digunakan oleh seramai 100,000 penagih.

Dalam pada itu, Narenasegaran berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini