[VIDEO] Ujian poligraf: Lokman Adam digelar 'cicak mengkarung' - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ujian poligraf: Lokman Adam digelar ‘cicak mengkarung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebagai ‘cicak mengkarung’ berhubung isu video seks sejenis yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Mohamed Azmin menegaskan tindakan Lokman yang mahu beliau menjalani ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dalam kes itu dilihat seperti mahu mendahului siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Inilah masalah UMNO yang mahu menjadi penyebar fitnah, mahu jadi hakim dan mahu tentukan segala-galanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudahpun mengambil tindakan awal dalam isu ini mengikut nasihat peguam dengan melakukan laporan qazaf dan laporan polis tetapi ‘cicak mengkarung’ (Lokman) seperti mahu tentukan hasil siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini