KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki mencari wang mudah bagi menampung dua isteri dan anak-anaknya dengan mengedar dadah mengundang padah apabila dia ditahan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini. Suspek yang merupakan seorang peniaga gerai ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 20 Jun pukul 11.15 malam. Susulan tangkapan itu juga pihak polis berjaya merampas 11 ketulan ganja mampat…










