[VIDEO] Tidak ingat lafaz cerai, Radhi diperintah buat sumpah nafi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tidak ingat lafaz cerai, Radhi diperintah buat sumpah nafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi memerintahkan vokalis kumpulan OAG, Radhi untuk membuat sumpah nafi berhubung lafaz cerai yang dibuat kepada isterinya pada Mac lalu.

Hakim Syarie Husaini Roslin memerintahkan Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 41, memerintahkan demikian selepas penyanyi itu memberi alasan tidak mengingati lafaz cerai yang dibuat terhadap Nur Shahira Ayu Zahir, 25.

“Sumpah saya tidak ingat…. Saya juga tidak pasti sama ada saya sebut ‘lepaskan’ atau ‘ceraikan’ tapi tarikh itu betul saya rasa,” katanya ketika diminta mengesahkan mengenai lafaz cerai tersebut oleh Hakim Syarie Husaini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu semasa prosiding, Nur Shahira Ayu atau nama panggilannya Ayu menegaskan bahawa dia mendengar sendiri lafaz cerai yang dibuat Radhi melalui lisan pukul 4.20 pagi pada 25 Mac lalu.

Semasa prosiding Ayu turut memberitahu mahkamah bahawa lafaz cerai yang dibuat Radhi berikutan berlaku pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak, Husaini kemudian menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan semula permohonan lafaz cerai termasuk Radhi perlu melakukan sumpah nafi terhadap lafaz cerai itu.

“Sumpah nafi ini penting kerana kesannya adalah besar di dunia dan akhirat, jadi mahkamah memberi ruang untuk kamu (Radhi) mengenai lafaz yang telah dibuat,” kata Hakim Syarie Husaini.

Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.

Shahira selaku plaintif memfailkan tuntutan cerai terhadap Radhi selaku defendan pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini