[VIDEO] Sindiket dadah teh Cina RM27.8 juta tumpas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sindiket dadah teh Cina RM27.8 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Taktik menggunakan bungkusan teh Cina untuk menyeludup dadah yang telah beroperasi selama tiga bulan tidak berhasil apabila polis menumpaskan kumpulan itu di sebuah rumah teres di Subang Jaya dekat sini Jumaat laku.

Sindiket yang memproses dadah bernilai jutaan ringgit itu dipasarkan bukan sahaja untuk keperluan pasaran tempatan tetapi juga dihantar ke Taiwan, Indonesia dan Korea Selatan.

Kecekapan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Selangor berjaya menghentikan sindiket itu daripada terus ‘membunuh’ orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, polis berjaya merampas 556.2 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang telah siap dibungkus dengan bungkusan teh Cina bernilai RM27.8 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua dadah itu ditemui di ruang tamu dan di dalam kenderaan pelbagai guna ( MPV) jenis Toyota Alphard yang disewa sindiket itu, di tempat meletakkan kenderaan rumah berkenaan.

“Kita turut menahan dua ahli sindiket masing-masing berusia 18 dan 28 tahun yang merupakan pembantu kedai serbaneka dan penganggur serta berasal dari Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut dirampas adalah sebuah kenderaan Proton Exora yang juga disewa oleh sindiket itu.

“Setiap bungkusan dadah seberat satu kg itu bernilai RM50,000 dan mampu mencecah harga sekali ganda jika dijual di luar negara.

“Dadah itu jika terlepas di pasaran boleh digunakan oleh seramai 2.7 juta penagih,” ujarnya.

Jelas beliau, bungkusan teh Cina kerap digunakan sindiket berikutan bagi mengaburi pihak berkuasa susulan masyarakat di Korea amnya kerap meminum teh itu.

“Kedua-dua suspek dengan salah seorang daripadanya mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah kini direman selama tujuh hari,” katanya.

Noor Azam menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini