[VIDEO] Saya juga pertahankan Anwar pada 1998 - Azmin - Utusan Malaysia

[VIDEO] Saya juga pertahankan Anwar pada 1998 – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau antara individu yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Presidennya itu diserang dengan fitnah pada 1998.

Penegasan itu dilakukan Mohamed Azmin ketika melakukan perjumpaan dengan 40 ahli PKR di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas selesai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 2019 hari ini.

Dalam perjumpaan yang berlangsung kira-kira 20 minit itu, Mohamed Azmin memaklumkan bagaimana beliau memainkan peranan ketika pemimpin dalam parti diserang dengan fitnah seperti yang berlaku ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesetian kepada pemimpin bukan kerana sosok tubuh individu mahupun kabilah tetapi ia perlu berdasarkan fakta yang jelas dalam sesuatu perkara.

“Kita tidak boleh membiarkan ‘gutter politics’ berlaku dalam parti. Video yang digunakan untuk menyerang saya adalah sangat kejam dan helah politik semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai perjumpaan dengan ahli PKR di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini