[VIDEO] Sasterawan Negara terima Elaun Penghargaan Bulanan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sasterawan Negara terima Elaun Penghargaan Bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Para Sasterawan Negara menerima Elaun Penghargaaan Bulanan sebanyak RM5,000 bermula bulan ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan tambahan itu kepada Kementerian Pendidikan untuk pembiayaian elaun berkenaan bagi tujuh Sasterawan Negara.

Mereka ialah Datuk Seri Dr. A. Samad Said, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan, Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah Datuk Dr. Baharuddin Zainal dan Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemberian penghargaan Sasterawan Bulanan secara bulanan ini merupakan elaun tambahan baharu yang diberikan sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka kepada membina Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

“Elaun daripada Kementerian Kewangan ini diharapkan boleh membebaskan menjamin kesinambungan mutu seni dengan cemerlang dan menunjukkan penekanan terhadap sastera dan bahasa daripada semua lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini