[VIDEO] Sambutan hari raya UPM meriah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sambutan hari raya UPM meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dekat sini hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri UPM 2019 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM hari ini.

UPM dalam kenyataannya berkata, sambutan hari raya peringkat universiti itu bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara semua warga kampus UPM Serdang.

Sejak pukul 11.30 pagi tadi, pihaknya menerima kunjungan daripada masyarakat pelbagai kaum yang datang untuk menikmati juadah disediakan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×