[VIDEO] Pengumuman Ahmad Zahid disambut baik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengumuman Ahmad Zahid disambut baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa beliau kembali aktif memimpin UMNO disambut baik oleh timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan

Mohamad berkata, sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana parti perlu diuruskan bersama.

“Alhamdulillah kalau Ahmad Zahid menyatakan untuk kembali bertugas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita dapat meneruskan agenda memperkasakan parti serta menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2019 di sini hari ini.

Mohamad Hasan
MOHAMAD HASSAN beramah mesra dengan para perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2019 di Sepang hari ini. – UTUSAN ONLINE/SOFIAN BAHAROM

Ahmad Zahid hari ini mengumumkan akan kembali aktif memimpin UMNO selepas bercuti selama enam bulan sebelum ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu pada satu Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumum, Bagan Datok, Perak sempena setahun beliau dipilih sebagai presiden parti itu.

Jelas Mohamad, pengumuman baharu Ahmad Zahid itu tidak langsung mengganggu usaha penstrukturan semula parti yang dijalankan beliau ketika menjalankan tugas-tugas Presiden sebelum ini.

Katanya, beliau menjalankan tugas presiden atas asas yang dipersetujui dan semuanya itu juga atas kerjasama pihak Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Dan tiada apa kelainan pun jadi, tiada isu mengatakan saya membuat perkara lain dan susah bagi Ahmad Zahid untuk balik. Malah, saya mengalu-alukan beliau untuk kembali.

“Ini kerana elok juga beliau buat keputusan begitu sama ada terus bercuti atau balik semula sebab banyak sangat gosip-gosip serta cakap-cakap luar pun tidak elok,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini