[VIDEO] Mengkritik, musuh senyap rumah tangga - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mengkritik, musuh senyap rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Ish awak ni, buat susu anak pun tak pandai lagi? Berapa kali saya perlu terangkan?”

“Apa yang awak masak ni? Kenapa rasa tak sama seperti emak masak? Lain kali belajarlah daripada emak.”

“Elok sangatlah rumah bersepah, kain tidak berlipat. Saya penat balik kerja, perlu pula hadap keadaan rumah seperti kapal karam. Awak tidur ke sepanjang hari di rumah? Nak jadi apa lah awak ni?”

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun biasa kita mendengar ayat-ayat tersebut terpacul dari mulut pasangan sama ada secara sengaja atau tidak, namun kata-kata tersebut cukup perit untuk diterima.

Kritik mengkritik dalam kalangan pasangan berumah tangga bukanlah isu baharu, sebaliknya berlaku dalam kebanyakan pasangan apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.

Tanpa disedari, jika diamalkan dalam hubungan, dikhuatiri akan memberi kesan buruk terhadap rumah tangga seperti hilang rasa hormat dan memandang rendah pasangan.

Lebih teruk apabila kritikan tersebut berbunyi kasar dan bersifat peribadi sehingga mengundang pertelingkahan yang akhirnya memberi kesan buruk dalam hubungan suami isteri.

Menurut pendakwah muda, Muhammad Syukri Wafi Mukhti atau lebih dikenali sebagai Dai Wafi, antara kesalahan besar yang dilakukan dalam sesebuah rumah tangga adalah salah faham terhadap peranan dan komitmen antara suami dan isteri.

Katanya, kritik mengkritik dalam rumah tangga merupakan budaya yang positif, namun sekiranya terlajak mengkritik akan menyebabkan pengakhiran yang lebih tragis seperti perceraian.

“Saya teringat kisah seorang rakan yang bertugas di mahkamah syariah yang perlu mendengar lafaz cerai pada setiap hari akibat perkara kecil. Ini mungkin kerana sikap keterlaluan dalam mengkritik pasangan.

“Pada asalnya kritik mengkritik demi kebaikan bersama tidak salah, tetapi apabila keterlaluan dan menggunakan perkataan kesat boleh menimbulkan pergaduhan yang membawa kemudaratan kepada pasangan dan anak-anak,” katanya.

Tambahnya, sikap mempertikai dan mengkritik sering terjadi disebabkan perkara kecil yang diperbesarkan seperti satu kesalahan tidak boleh dimaafkan.

Justeru, Dai Wafi menyarankan agar setiap kesalahan atau kelemahan pasangan ditangani dari awal agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Dalam masa sama, pasangan diminta untuk kerap berkomunikasi bagi menjaga keharmonian dan mengelakkan daripada berlaku salah faham.

>> Lihat muka 24

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini