Video lucah: Kabinet tidak bincang isu video - Utusan Malaysia

Video lucah: Kabinet tidak bincang isu video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kabinet yang bermesyuarat hari ini tidak membincangkan tentang video kontroversi yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Kenapa bincang? Ia tiada dalam agenda,” katanya sambil tertawa, ketika ditanya pemberita tentang perkara itu selepas menghadiri program ‘Bicara Ilmu Sri Satria’ di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk membawa isu video kontroversi itu kepada majlis presiden Pakatan Harapan bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam parti dan memastikan keyakinan rakyat, Wan Azizah berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana parti akan ada sedikit sebanyak perbezaan politik antara mereka sendiri. Ia sebahagian daripada apa jua yang berlaku dalam arena politik,” katanya.

Beliau berkata, pada masa itu isu video itu beransur-ansur selesai dan mula reda. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini