[VIDEO] `Jammed'? Biasalah, raya kan. - Utusan Malaysia

[VIDEO] `Jammed’? Biasalah, raya kan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“TAK Raya la kalau tak ‘jammed’ (sesak)”

Itu ungkapan ringkas pemuda yang memandu dari Kuantan menuju balik ke ibu kota apabila cuti Aidilfitri tamat setelah lima hari memasuki bulan Syawal.

Kesesakan yang bermula dari hentian Rehat dan Rawat (RnR) Lanchang Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) sehingga ke persimpangan Bukit Tinggi, Bentong Pahang, satu fenomena biasa apabila kembali dari kampung setiap kali musim perayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya jangkakan hampir 50 kilometer (km) dengan pergerakan kenderaan sekitar 20 ke 30 km/sejam mereka menempuh laluan ini,” bicara Naim Luqman Abdul ketika ditemui Utusan Online di hentian Plaza Tol Bentong arah ke ibu negara petang tadi.

Musa Samad yang turut memandu bersama keluarga dari kampung halaman di Besut, Terengganu memulakan perjalanan sewal pukul 7 pagi dan berhenti sementara sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam.

“Saya bersama keluarga keluar menuju lebuhraya LPT 2 dari Besut pada pukul 7 pagi dan mengambil kesempatan berehat sambil menyejukkan enjin kenderaan di hentian Plaza Tol Bentong,” katanya.

Seorang pemuda Syakir Arham Azli, 20 yang memandu dari Pekan Pahang turut berhenti sebelum meneruskan perjalanan semula ke ibu kota sejak pukul 12 tengah hari ini.

Kemas kini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitter @LLMinfotrafik pada pukul 5.50 petang merekodkan kesesakan trafik sekitar 14km dari Persiaran Karak ke Lentang dan sekitar 8km selepas Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini