KANGAR – Lima tahun lalu, Mohd Norfaizad Farhan Nor Hashimi, 28, dari Taman Jali di sini, hanya sekadar mencuba nasib berkenalan di Facebook dengan seorang gadis dari Jepun. Tanpa disangka, perkenalan itu, kemudian bertukar menjadi bibit-bibit cinta yang mendorong Mohd. Norfaizad terbang buat kali pertama ke Osaka, untuk bertemu gadis berusia 25 tahun itu. Sejak daripada pertemuan tersebut, jurutera komputer ini menjalin cinta jarak jauh dengan gadis pemilik nama Anna…










