KUALA LUMPUR – Kemeriahan Syawal terus diraikan dengan penganjuran majlis-majlis sambutan hari raya Aidilfitri. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis seumpamanya yang berlangsung meriah hari ini di Atrium, Asia Pacific University (APU) dekat sini hari ini. Dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar-pelajar APU, majlis turut meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari rumah kebajikan, Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh,…










