Vertonghen harap Eriksen kekal di Spurs - Utusan Malaysia

Vertonghen harap Eriksen kekal di Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen berharap kelab itu dapat mengekalkan Christian Eriksen yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Real dilihat sebagai destinasi terbaharu Eriksen selepas dia mendedahkan bahawa dia mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Perkara itu disuarakan selepas Tottenham tewas di pentas final Liga Juara-Juara kepada Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vertonghen bagaimanapun berharap, Spurs dapat mempertahankan Eriksen untuk musim akan datang.

“Jelas sekali apabila jendela perpindahan dibuka, pelbagai khabar angin akan tersebar, sama seperti musim lalu tetapi semua kekal di sini, jadi saya harap perkara sama akan terjadi.

“Christian adalah pemain yang hebat. Saya mengenalinya sejak berusia 16 tahun ketika kami bermain di Ajax dan saya harap dia akan bersama Tottenham musim hadapan,” katanya.

Eriksen menyertai Spurs pada 2013 dan pemain berusia 27 tahun itu meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik Eropah.

Bagaimanapun, Eriksen tidak pernah menjulang sebarang trofi kejuaraan bersama Spurs selepas melangkah ke final Piala EFL 2015 dan final Liga Juara-Juara musim ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini