Vatican batal perlawanan bola sepak selepas demonstrasi anti gugur kandungan - Utusan Malaysia

Vatican batal perlawanan bola sepak selepas demonstrasi anti gugur kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA – Kerajaan Vatican membatalkan perlawanan bola sepak antarabangsa pertama membabitkan pasukan wanita negara itu selepas beberapa pemain Austria mengadakan demonstrasi bagi menentang undang-undang anti gugur kandungan, di sini.

Wakil Persatuan Sukan Vatican, Danilo Zennaro berkata, pembatalan itu dibuat setelah beberapa orang pemain Austria melakukan tunjuk perasaan dengan mempamerkan mesej tertulis bahagian perut mereka sebelum perlawanan bermula.

“Perlawanan dibatalkan kerana Kami di sini atas semangat kesukanan, bukan untuk agenda politik atau menyampaikan mesej yang selainnya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Salah seorang pemain Austria mendakwa tidak menyangka tindakan mereka boleh membawa kepada pembatalan perlawanan itu.

Pihak Vatican masih gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini