Van Dijk teruja dengan masa depan Liverpool - Utusan Malaysia

Van Dijk teruja dengan masa depan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk teruja dengan masa depan kelab itu terutama selepas berjaya merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara, musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menikmati musim cemerlang dengan merangkul kejuaraan Eropah keenam dan menamatkan saingan liga di kedudukan kedua di belakang Manchester City.

Mereka menamatkan saingan domestik dengan 97 mata kurang satu mata di belakang City.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Klopp dipuji kerana corak permainan bertenaga selain kehadiran pemain muda dengan Andy Robertson, Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez memainkan pernana penting.

Van Dijk yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA percaya Liverpool akan terus meraih pelbagai kejuaraan selepas ini.

“Masa dengan kami dilihat sangat cerah.

“Kami ada pasukan yang cemerlang untuk dimajukan, pemain yang bersedia untuk memberikan segalanya untuk kelab.

“Pasukan ini memiliki kualiti dan kadang-kala kami tidak sedar bahawa kami sebenarnya sangat bagus termasuk mereka yang berada di bangku simpanan,” kata Van Dijk.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini