LONDON – Liverpool melengkapkan perjanjian untuk membawa masuk pertahanan PEC Zwolle, Sepp van der Berg ke Anfield. The Reds bersetuju untuk membayar yuran 1.3 juta pound (RM6.8 juta) dan harga pemain tersebut boleh melambung hingga mencecah 4.4 juta pound (RM23 juta) sekiranya Van der Berg membuat penampilan dalam beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara. Pemain berusia 17 tahun itu akan lapor diri di Melwood pada 6 Julai…










