Usul wakil rakyat perlu isytihar harta dibawa ke Parlimen - Utusan Malaysia

Usul wakil rakyat perlu isytihar harta dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Undang-undang untuk mewajibkan setiap wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta masing-masing akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang bagi.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berpandangan setiap wakil rakyat termasuk pembangkang mempunyai pengaruh yang tersendiri, sekali gus perlu dihindari daripada menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya semua akan isytihar harta mereka, kerana parti pembangkang pun ada pengaruh.

“Jadi kita tidak harus guna pengaruh kita untuk dapatkan bayaran. Kita akan bawa (usul ke Parlimen). Sama ada lulus atau tidak lulus itu soal lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan ruang pameran Marvel Studios di pusat beli-belah Pavilion di sini hari ini.

Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 akan berlangsung lagi dari 1 Julai hingga 18 Julai ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini