KUALA TERENGGANU – Kesepakatan, keakraban serta kemesraan yang dipayungi semangat penyatuan ummah antara UMNO dan Pas di negeri ini kian menyerlah. Kemesraan yang terjalin dan bukan dibuat-buat itu jelas terpancar di wajah para pemimpin kedua-dua parti Melayu itu sesudah sekian lama dinanti dan hari ini ukhuwah akhirnya menjadi realiti. Malah hubungan berpaksikan semangat kekeluargaan memberi suatu gambaran positif ke arah pembentukan kerjasama padu dalam menentukan hala tuju politik antara kedua-dua…