PATTANI 5 Jun – Umat Islam di selatan Thailand hari ini menyambut 1 Syawal dalam suasana meriah dan penuh kesederhanaan. Walaupun keadaan di wilayah selatan Thailand – Pattani, Yala dan Narathiwat masih bergolak khususnya 10 hari terakhir Ramadan namun umat Islam menyambut hari lebaran dalam kesyukuran. Lebih 5,000 umat Islam membanjiri Masjid Jamek Pattani di sini untuk sembahyang sunat Aidilfitri bersama ahli keluarga dan saudara mara termasuk rakyat Malaysia yang…









