Umat Islam perlu guna kuasa mereka bebaskan Palestin - Utusan Malaysia

Umat Islam perlu guna kuasa mereka bebaskan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Umat Islam perlu menggunakan kuasa yang mereka ada untuk membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan rejim Zionis Israel.

Menurut seorang tokoh dan ilmuwan Islam dari India, Maulana Salman Husaini An-Nadwi, umat Islam tidak seharusnya hanya bergantung kepada negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang dikuasai oleh Yahudi, bagi menyelesaikan isu pencerobohan serta penaklukan Israeal terhadap Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Sebaliknya menurut Salman Husaini, apa yang umat boleh lakukan ialah menggunakan kuasa yang mereka ada iaitu mendesak ketua-ketua kerajaan masing-masing agar memberikan tekanan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar Barat untuk bertindak dengan lebih proaktif menyelesaikan kemelut Palestin-Isreal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kemelut Palestin adalah isu berpanjangan yang berlarutan sehingga kini, namun masih gagal diselesaikan akibat umat Islam dan kerajaan yang ditadbir oleh umat Islam tidak bersatu.

Jelasnya, isu pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada rejim Zionis tidak seharusnya menjadi perjuangan hanya sesebuah negara, sebaliknya ia melibatkan tanggungjawab umat Islam sejagat.

“Bukan satu-satu negara sahaja yang patut dibebankan dalam isu Palestin, tetapi ia melibatkan umat Islam sejagat yang perlu besatu untuk memberi tekanan.

“Umat Islam boleh bersatu dalam mengerjakan ibadah haji, maka negara-negara umat Islam yang mengerjakan haji ini juga perlu bersatu memberikan tekanan kepada Arab Saudi dan pemerintah mereka supaya memberi tekanan kepada kuasa-kuasa besar dalam mencari penyelesaikan menyeluruh.

“Umat Islam punyai pengaruh dan kuasa dan sepatutnya mereka gunakan untuk memberi tekanan kepada musuh-musuh Islam,” katanya berucap dalam munaqasyah bertajuk `Mampukah Al-Quds Dibebaskan?’ di Yayasan MyAqsa di sini hari ini.

Dalam munaqasyah itu, Salam Husaini turut menyarankan agar umat Islam mengembalikan model perjuangan para sahabat dan pejuang Islam, Salahuddin Al-Ayubi dalam usaha membebaskan bumi Palestin khususnya Masjid Al-Aqsa.

Menerusi model perjuangan itu jelas beliau, umat Islam perlu menanam dalam minda mereka tentang Palestin yang dijajah oleh Israel hasil tindakan kuasa Barat, memainkan peranan masing-masing tanpa kira kedudukan dalam isu Palestin dan Al-Aqsa, serta menghilangkan halangan.

“Halangan terbesar umat Islam adalah kerajaan yang memerintah umat Islam lebih tamakkan kuasa dunia (berbanding berjuang membantu jiran seagama mereka di Palestin),” katanya dipercayai merujuk kepada negara-negara Arab yang kaya di Asia Barat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini