KEPALA BATAS – Seorang penagih dadah sanggup mengugut bapa kandungnya di rumah mereka di Kuala Muda, Penanga semalam dengan menggunakan sebilah pisau selepas bapanya enggan memujuk isteri lelaki berkenaan untuk kembali ke pangkuannya. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 petang itu, suspek berusia 34 tahun bertindak mengugut bapanya yang berusia 62 tahun dengan meletakkan pisau di leher dan dada mangsa. Selain itu, suspek yang positif dadah jenis Methamphetamin turut mengacukan senjata…










