Uda Cares usaha, inisiatif UDA - Utusan Malaysia

Uda Cares usaha, inisiatif UDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – UDA Holdings Berhad (UDA) me­lancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), UDA Cares bersempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Angsana Mall di sini baru-baru ini.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Zahrin Zakaria berkata, UDA Cares diper­kenalkan bagi me­ningkatkan kesedaran ramai terhadap usaha dan inisiatif UDA dalam memperkasa komuniti setempat.

Menurutnya, dalam pelancaran ini, UDA memperkenal empat tunggak baharu dalam CSR iaitu UDA Cares-Educational, UDA Care-Entrepreneur, UDA Care-Project RE_ dan UDA Cares-Enriching Life.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UDA Care-Educational diperkenal bagi memdekati generasi mu­da khususnya pe­lajar sekolah sebagai usaha memperkasa komuniti setempat menerusi pendidikan.

“Inisitif ini diterjemahkan melalui program sekolah angkat yang dipilih di dalam kawasan perniagaan UDA iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Da­nga dan Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Bandar Uda Utama,” katanya.

Beliau berkata demi­kian dalam ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran anak syarikat, UDA Land South Sdn. Bhd. di Angsana Mall di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset UDA, Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed.

Zahrin berkata, UDA Care-Entrepreneur pula dilaksanakan bagi usaha menggalakkan kegiatan keusahawanan dalam komuniti setempat.

Jelasnya, bagi UDA Care-Project RE_ pula memfokuskan untuk memberi nilai tambah kepada komuniti kepada tiga elemen utama iaitu komuniti, alam sekitar dan kesihatan.

Menurut beliau, melalui program UDA Cares-Enriching Life pula, UDA menyantuni golongan yang memerlukan khususnya golongan asnaf yang layak menerima sumbangan zakat.

“Usaha berterusan ini dijalankan bukan sahaja memberi nilai tambah dan membantu komuniti setempat tetapi dalam masa yang sama menge­ratkan hubungan antara UDA dan anak syarikat bersama komuniti setempat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini