Tukang cuci maut motosikal langgar babi - Utusan Malaysia

Tukang cuci maut motosikal langgar babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 2 Jun – Seorang tukang cuci maut manakala anak perempuannya cedera apabila motosikal yang dinaiki terlanggar seekor babi sedang melintas dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Mak Lagam – Cheneh dekat sini petang ini.

ROSLINA MUHAMAD
ROSLINA MUHAMAD 

Penunggang motosikal itu, Roslina Muhamad, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Manakala anaknya, Khairunisa Radin, 21, yang membonceng motosikal tersebut cedera di tangan dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis daerah ini, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, dua beranak itu tinggal di Felda Neram 2 Bandar Cheneh Baru dekat sini.

Menurutnya, nahas berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu Roslina dan Khairunisa menaiki motosikal jenis Honda Dash dari Bandar Cukai ke Cheneh.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa telah terlanggar seekor babi yang melintas dari kanan ke kiri jalan.

ROSLINA MUHAMAD

“Akibat perlanggaran itu, penunggang tercampak dari motosikal menyebabkannya cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya cedera di tangan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini