Tujuh murid tadika nyaris maut - Utusan Malaysia

Tujuh murid tadika nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Tujuh kanak-kanak sebuah tadika di sini nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terhumban ke dalam longkang akibat hilang kawalan di Kilometer 31.5 Jalan Klang Banting di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kesemua kanak-kanak terbabit berusia 6 tahun dan pemandu berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lelaki warga emas itu baharu sahaja mengambil cucunya di sebuah tadika menaiki kereta jenis Perodua Viva. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, enam rakan terhadap cucu warga emas itu turut menumpang kereta yang sama untuk pulang ke rumah masing-masing di sekitar Taman Sri Pelangi.

“Bagaimanapun, pemandu Viva warga emas itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Honda Jazz yang berada di garisan putih berhampiran persimpangan Taman Sri di sini. 

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta terbabit terhumban ke dalam longkang di bahu jalan sebelah kiri arah ke Banting,”katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini. 

Jelas Azizan, kesemua kanak-kanak dan dua pemandu kereta itu bagaimanapun 
tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/ 59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini