Tuduhan GTSM satu fitnah - Utusan Malaysia

Tuduhan GTSM satu fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tuduhan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) bahawa memorandum kumpulan itu kepada Menteri Pengangkutan akan ‘dibakul sampah’ merupakan satu fitnah.

Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Datuk Mohamad Dahlan Maamor menjelaskan ia adalah satu dakwaan tidak benar bagi memburukkan imej kerajaan dan beliau tidak pernah sama sekali berbuat demikian.

“Selain itu, dakwaan GTSM bahawa saya enggan bertemu dengan mereka adalah juga tidak benar. Saya bersedia berjumpa dengan mana-mana persatuan demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap industri teksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka sendiri yang tidak mahu jumpa saya kerana ingin menemui sendiri Menteri Pengangkutan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Dahlan lagi, beliau difahamkan terdapat 60 laporan polis dibuat oleh GTSM membabitkan namanya ekoran semua dakwaan itu.

“Ada beberapa perkara yang dinyatakan dalam laporan polis berkenaan tidak bertepatan dengan perkara semasa.

“Jika pemandu teksi kata susah untuk berjumpa dengan saya, boleh dilihat hari ini ramai yang datang menyokong saya. Jika ada masalah datang sahaja,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Dahlan membuat laporan polis berhubung dakwaan dikemukakan oleh GTSM pada sebelum ini.

Pada minggu lalu, lebih 1,000 pemandu teksi di bawah GTSM berhimpun di depan Pejabat Perdana Menteri di sini antaranya bagi menuntut hak sama rata dalam industri teksi negara

Menggelarkan perhimpunan itu sebagai Perhimpunan Reformasi Teksi 2.0, mereka meminta campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu industri teksi negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini