Minggu lepas, satu perkongsian Twitter seorang pengguna bernama Lela Jamil meruntun hati netizen. Lela memberitahu, ibunya memasak banyak juadah selepas dimaklumkan akan menerima kunjungan tetamu yang mahu beraya di rumahnya. Begitu pun, tetamu tersebut akhirnya memaklumkan tidak dapat datang kerana memenuhi undangan lain. Menurut Lela, ibunya memasak begitu banyak juadah seperti mi udang, ayam sambal bambu, pengat durian, nasi beriani, puding roti, karipap dan kambing bakar. “Ada ke patut dia…










