WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyelar Megan Rapinoe yang kini sedang beraksi dalam Piala Dunia di Perancis sebagai ‘tidak menghormati’ negara selepas penyerang skuad bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) itu enggan melawat White House. Dalam ‘perang mulut’ terbaru yang dilancarkan terhadap atlet atau selebriti, Trump mengkritik pemain paling berpengaruh dalam pasukan itu menerusi beberapa ciapan di Twitter. “Megan tak sepatutnya menunjukkan sikap tidak menghormati negara, White House atau bendera…










