Torres umum bersara - Utusan Malaysia

Torres umum bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pemain Atletico Madrid, Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres bakal melakukan pengumuman tentang persaraannya daripada bola sepak.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang berpengalaman di bahagian serangan berkata, ia persaraan itu hadir tepat pada masanya.

Dia akan mengumumkan pergantungan butnya pada Ahad ini menerusi sidang akhbar bersama kelab terkini Sagan Tosu dari Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ada perkara penting untuk diumumkan. Selepas 18 tahun, sudah tiba masanya untuk saya menamatkan karier sebagai pemain bola sepak.

“Ahad ini, pada 23 Jun pukul 10 pagi waktu Jepun, saya akan mengadakan sidang akhbar di Tokyo untuk menjelaskan lebih lanjut.

Jumpa anda di sana,” kata pemenang Piala Dunia 2010 dan dua kali juara Euro (2008, 2012).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini