Toppen bakal menjadi mercu tanda runcit terunggul di selatan Malaysia - Utusan Malaysia

Toppen bakal menjadi mercu tanda runcit terunggul di selatan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pusat beli-belah Toppen dan IKEA Tebrau yang dimiliki IKEA Asia Tenggara, pemilik rangkaian IKEA di Malaysia, Singapura dan Thailand menjadi mercu tanda runcit terunggul di Selatan Malaysia.

Pengarah Pusat Beli-Belah dan Kepelbagaian IKEA Asia Tenggara, Christian Olofsson berkata, pusat beli-belah Toppen yang dibina atas tanah berkeluasan 1.1 juta kaki persegi dijangka siap sepenuhnya pada November depan mempunyai tarikannya tersendiri.

Katanya, hab komuniti di atas bumbung empat tingkat itu yang dikenali The Topp menyediakan pelbagai fasiliti bertepatan dengan konsep mesra keluarga dan sesuai untuk aktiviti bagi semua peringkat umur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan lebih 85 peratus ruang kedai telah disewakan, Toppen menyasarkan untuk membina lebih banyak rangkaian kedai jenama terkenal di dalam bangunan pusat beli belah itu.

“Kita juga menyasarkan jumlah pengunjung seramai 15 juta setahun menjelang 2020 dan kemudahan 4,600 tempat letak kereta dapat memberi kesenangan kepada pengunjung datang ke pusat beli-belah ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Toppen JB di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini