Tolonglah selamatkan Kelantan!! - Utusan Malaysia

Tolonglah selamatkan Kelantan!!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bekas-bekas pemain Kelantan meletak harapan tinggi kepada kepimpinan baharu yang bakal dipilih pada kongres luar biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada 6 Julai ini bagi menyelamatkan maruah bola sepak negeri itu.

Bekas pemain Kelantan era -70an Afandi Yusof berkata, dia mahu kepemimpinan baharu kali ini dibarisi oleh individu yang betul-betul berhasrat mahu mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Malah dia turut mencadangkan supaya ahli-ahli gabungan Kafa yang akan mengundi nanti supaya tidak memilih pemimpin yang sama kerana jelas ada di antara mereka tidak membantu persatuan serta pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya meletak harapan tinggi kepada kepemimpinan baharu bagi menyelamatkan bola sepak Kelantan supaya tidak jatuh bermain ke liga lebih bawah.

“Saya berharap pengurusan baharu juga tidak meminggirkan bekas pemain seperti kami dan kami sedia membantu KAFA untuk mengerakkan persatuan dan pasukan Kelantan bagi mengembalikan kecemerlangan bola sepak Kelantan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu rakannya, Salim Mahmud, 57, berkata, kepemimpinan baharu perlu sering bersama dengan bekas-bekas pemain supaya dapat memperkuatkan persatuan dan pasukan.

Dia yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, golongan seperti mereka mampu memberikan sumbangan pendapat dan sebagainya dalam memperkuat pasukan terutamanya dalam aspek pemain serta jurulatih

“Bawalah kami bersama. Sekarang Kelantan United selalu panggil kami, setiap perlawanan mereka panggil untuk memberikan pandangan sama ada selepas dan sebelum perlawanan.

“Jangan tinggalkan bekas-bekas pemain, kami sentiasa ingin membantu untuk memberikan nasihat dan pandangan. Kami bukan mahu masuk dalam pengurusan dan kami juga tidak meminta bayaran pun,” ujarnya.

Kafa memutuskan EGM akan diadakan pada 6 Julai ini bagi memenuhi hasrat ahli gabungan persatuan itu untuk memilih barisan kepemimpinan yang baharu bagi menggantikan presiden sebelum ini Bibi Ramjani Ilias Khan yang meletak jawatan selepas hampir dua tahun mengetuai persatuan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini