Titian Kanopi tarikan terbaharu Royal Belum - Utusan Malaysia

Titian Kanopi tarikan terbaharu Royal Belum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Hutan Simpan Royal Belum, di sini terus mengorak langkah dalam usaha menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai satu destinasi pelancongan pilihan di negeri ini.

Ini kerana kawasan Hutan Hujan Tropika tersebut bakal memiliki tarikan baharu iaitu Titian Kanopi (Canopy Walk) yang akan dibina dalam masa terdekat.

Menurut Ranger Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohd. Yusri Abdullah Sani pembinaan kemudahan baharu itu bakal memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan hutan hujan selain dapat melihat keseluruhan kawasan hutan itu daripada sudut pandangan 360 darjah.

Katanya, projek tersebut bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak dan dijangka akan dilaksanakan pada Ogos depan.

SERAMAI 23 petugas media dari seluruh negara yang menyertai program KMP2019 berpeluang menaiki rumah
SERAMAI 23 petugas media dari seluruh negara yang menyertai program KMP2019 berpeluang menaiki rumah bot dalam sesi lawatan ke Hutan Simpan Royal Belum, Gerik, Perak. – UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA 

“Perancangan untuk membina Titian Kanopi ini telah lama diadakan dengan semua pihak dan plan pembinaan juga telah dibentang iaitu melibatkan pembinaan jajaran sepanjang 500 hingga 700 meter menujuk ke sebuah puncak di kawasan ini.

“Dengan adanya kemudahan ini, semua pengunjung boleh melihat pemandangan seluas 360 darjah kawasan hutan ini serta kawasan tiga sempadan negeri mahupun negara iaitu sempadan Thailand, Kelantan dan Perak,” katanya ketika ditemui dalam majlis Kembara Media Perak 2019 (KMP2019).

Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik, Zulhisham Ahmad Shukori dan Timbalan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan, Radziah Mohd. Sharif.

Dalam pada itu, Mohd. Yusri berkata, setakat tahun lepas, kawasan berkenaan menerima sebanyak 32,000 pelancong dari dalam dan luar negara.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 258 pengunjung diterima dalam tempoh seminggu dan jumlah itu dijangka akan meningkat pada masa akan datang selepas beberapa tarikan baharu akan dibuat siap sepenuhnya kelak terutamanya Titian Kanopi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×