KUALA LUMPUR – Pada ketika saingan baru hendak memasuki suku akhir, hanya dua wakil Malaysia berjaya mengelak tersingkir awal pada kejohanan badminton Terbuka Australia hari ini. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Soong Joo Ven terselamat daripada menjadi mangsa di Sydney. Turun sebagai pilihan ketiga, Peng Soon-Liu Ying melangkah ke suku akhir selepas mengetepikan Ren Xiangyu-Zhou Chaomin dari China 21-19, 21-15 dalam saingan beregu campuran.…










