Tindakan terhadap ahli PKR terlibat penyebaran video seks - Utusan Malaysia

Tindakan terhadap ahli PKR terlibat penyebaran video seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tindakan akan dikenakan terhadap ahli PKR sekiranya terdapat bukti pembabitan mereka dalam penyebaran klip video seks mengaitkan seorang menteri.

KUALA LUMPUR 16 Januari 2019 – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara FRIM dengan Indah Water Konsortium di Bangunan Auditorium FRIM, Kepong di sini hari ini. Gambar : Farid Janudin / Pemberita : Shiela (Utusan Malaysia)/ Amsyar (Kosmo!)

Naib Presiden PKR, Dr. A Xavier Jayakumar berkata, tiada pilih kasih terhadap ahli yang cuba pecah belahkan parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apapun kita kena ada bukti apabila menyatakan sesuatu atau sebagainya dan jika ada bukti, katakanlah ada orang dalam parti yang terbabit dalam isu ini (video), kita sedia ambil tindakan lanjut, tidak ada masalah.

“Tidak ada pilih kasih, kalau ada bukti cubaan untuk pecah belahkan parti, memang ada tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kongsi Raya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran beberapa klip video seks dikaitkan dengannya, dilakukan orang dalam parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini