Tindakan China ceroboh Taiwan ‘satu mimpi ngeri’ - Utusan Malaysia

Tindakan China ceroboh Taiwan ‘satu mimpi ngeri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 24 Jun – Tindakan China menceroboh Taiwan mungkin berakhir dengan insiden berdarah atau mimpi ngeri apabila pasukan tentera Taiwan bersiap sedia dengan jet pejuang F-16V untuk melancarkan sera­ngan balas terhadap negara yang berpopulasi terbesar itu.

CNN melaporkan, baru-baru ini kehadiran jet pejuang yang mendarat di sebuah kawasan pedalaman di Taiwan yang dikelilingi sawah padi menguatkan lagi andaian itu.

Pasukan tempur itu diberi latihan khas bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk jika lapangan terbang diserang atau dimusnahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pun begitu, kehadiran jet pejuang di kawasan itu hanyalah sebahagian daripada latihan pasukan keselamatan Taiwan.

Taiwan terpisah daripada Republik China sejak 1949, selepas berakhirnya perang saudara dan membentuk pemerintahan sendiri. Namun kini Beijing mahu menyatukan semula Taiwan dengan pemerintahan tanah besar China.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe ketika berucap dalam satu persida­ngan antarabangsa di Singapura menyatakan, China tidak akan teragak-agak menggunakan kekerasan dalam usaha penya­tuan semula Taiwan.

Beliau juga memberitahu, jika ada sesiapa yang berani memisahkan Taiwan dari China, tentera China tiada pilihan melainkan untuk melawan habis-habisan, demi perpaduan negara.

Jurucakap tentera Taiwan, Jeneral Chen Chung-Chi menegaskan, mereka menyedari keperluan untuk bersiap sedia berdepan dengan pertempuran.

Katanya, Taiwan tidak mahu memulakan peperangan, sebaliknya hanya mempertahankan kedaulatan negara.

Ekoran itu, beliau memberi amaran China perlu bersedia untuk berdepan dengan ‘padah’ jika mahu meneruskan tindakannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini