Tiga maut kemalangan di Rompin - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan di Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tiga orang termasuk seorang bayi berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 124 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin dekat sini malam semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 9.30 malam itu pemandu Hyundai Accent yang juga seorang anggota polis, Sarjan Zainuddin Bakar, 57, dan pemandu Proton Iswara, Bayam Ija, 53.

Bayi berkenaan yang merupakan cucu kepada Zainuddin, Mohd. Aras Iskandar meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Zainal Omar Mahamud berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku apabila kereta Hyundai Accent dipandu Zainuddin dari Kuantan ke Mersing, Johor terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta Proton Iswara dipandu Bayam.

“Akibat kemalangan tersebut, ahli keluarga Zainuddin iaitu isteri dan anak perempuannya cedera di kepala, manakala anak tirinya yang berusia tujuh tahun selamat.

“Dua lagi rakan Bayam pula masing-masing cedera di kepala dan patah kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini