PULAU PINANG – Tiga buah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kawasan perairan Teluk Bahang di sini semalam selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, ketiga-tiga bot penumpang itu sedang dalam perjalanan membawa pelancong dari Jeti Teluk Bahang ke Pantai Kerachut ditahan pada jarak lebih kurang 0.18 kilometer dari Timur Teluk Duyong pada pukul 12.30 tengahari. “Ketika pemeriksaan dilakukan tiga…










