Tidak tahu hargai alam sekitar, anak sungai jadi mangsa - Utusan Malaysia

Tidak tahu hargai alam sekitar, anak sungai jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIKAP tidak bertanggungjawab penduduk sekitar Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras Kuala Lumpur yang terus membuang sampah ke dalam sebatang anak sungai berhampiran jelas memberi kesan buruk kepada kualiti air.

KERATAN akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan pencemaran sebatang anak sungai berpunca daripada tindakan segelintir penduduk membuang sampah ke dalam sungai di Kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur yang disiarkan dalam edisi cetak esok.

Masalah berkenaan yang tidak pernah selesai menunjukkan tahap kesedaran segelintir penduduk terutama warga asing terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sungai masih berada pada tahap rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan rumah penduduk yang terletak kira-kira lima meter dari tebing anak sungai berkenaan dipercayai menjadi punca sikap ambil mudah mereka mengabaikan kemudahan tong sampah yang disediakan di setiap rumah oleh pihak berkuasa tempatan.

Ikuti luahan penduduk kampung yang dikongsi Wartawan NIK HAFIZUL BAHARUDIN bersama jurugambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH melalui rakaman video dan edisi cetak Utusan Malaysia esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini