KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada transaksi dan kewujudan akaun yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan perbuatan rasuah seperti mana yang didakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebelun ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara tersebut juga telah dinafikan UEM Group Berhad (UEM Group) dan Maybank sebelum itu.
“Kita telahpun menjalankan siasatan mendapati tidak wujud transaksi serta akaun yang yang didakwa mempunyai kaitan.
“Malah kita turut melakukan siasatan atas dakwaan satu lagi akaun pada 2012 dan hasilnya mendapati ianya tidak wujud,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.
Azam menambah, beberapa pihak dan individu telah dipanggil bagi tujuan untuk merekodkan keterangan bagi tujuan siasatan kes tersebut. – UTUSAN ONLINE











