PUTRAJAYA – Tiada surcaj elektrik dikenakan kepada pengguna domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2019. Suruhanjaya Tenaga menerusi kenyataannya hari ini berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan kadar semasa surcaj tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.55 sen/kilowatt-jam (kWj) untuk pengguna bukan domestik khususnya pengguna komersil, industri dan lain-lain bagi tempoh enam bulan tersebut. Menurut kenyataan itu, kadar tarif asas kekal pada 39.45 sen/kWj dalam tempoh 1 Julai hingga 31…










