OSAKA – Presiden Recep Tayyip Erdogan yakin tiada sekatan akan dikenakan terhadap Turki berhubung kontroversi perjanjian misil Rusia, hari ini. Menurutnya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberikan jaminan kepadanya ketika pertemuan bersama. “Kami mendengar daripada beliau bahawa tiada sebarang perkara seperti itu (sekatan),” katanya ketika sidang akhbar selepas pertemuan dengan Trump pada Sidang Kemuncak G20 di sini, hari ini.










