SERASI, secocok, sepadan. Itu antara istilah dan butir-butir kata yang acap kali meniti di bibir peminat dan juga pengikut bagi pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina. Semuanya gara-gara selepas kedua-duanya bergandingan menerusi drama yang kini hangat menjadi bualan netizen yang berjudul Adam Chempaka bagi slot Lestari terbitan TV3. Ibarat menikmati mi samyang pedas, tetapi enak. Begitu juga tatkala menyaksikan telatah watak Adam dan Chempaka sebagai suami isteri yang berjaya…










