PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak pernah mengeluarkan memo melarang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daripada menghadiri majlis hari raya anjuran pembangkang. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, terpulang kepada mana-mana kakitangan untuk menyertai acara itu memandangkan ia terbuka kepada orang ramai. “Saya tidak pasti pasal memo itu, tetapi bagi kita tidak pernah mengeluarkan memo sebegitu, takkan pergi rumah terbuka tidak boleh. “Nama pun rumah terbuka, terpulang kepada…










