Tiada kejadian berbalas tembakan di Kuala Kangsar - Utusan Malaysia

Tiada kejadian berbalas tembakan di Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Polis menahan seorang lelaki bersama sejumlah dadah dan sepucuk pistol mainan serta ‘vest’ polis dalam kejadian di Jalan Idris berhampiran Hospital Kuala Kangsar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, seorang lagi suspek yang identitinya telah dikenal pasti berjaya meloloskan diri dan gerakan mengesan lelaki terbabit sedang dijalankan.

Terdahulu, beberapa keping gambar kejadian itu tular di media sosial dengan maklumat mengatakan berlaku kejadian berbalas tembakan dengan seorang daripada suspek melarikan diri ke dalam kawasan hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim ketika dihubungi bagaimanapun berkata, tiada kejadian tembak menembak berlaku antara pihak polis dan suspek yang menaiki kereta.

Sebaliknya beliau berkata, kedua-dua suspek yang dalam usaha melepaskan diri daripada dicekup itu telah memandu kereta melawan arus trafik dan melanggar motosikal serta beberapa buah kenderaan sebelum ditahan di persimpangan lampu isyarat berhampiran hospital.

“Seorang lelaki berjaya ditahan manakala seorang lagi melepaskan diri. Pemeriksaan yang dilakukan di dalam kenderaan itu menjumpai sejumlah dadah dan sepucuk pistol mainan serta vest polis.

“Gerakan mengesan seorang lagi suspek itu sedang dijalankan dan identitnya juga telah dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Bahagian Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri telah dipanggil untuk membantu siasatan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini